WIRID DAN DOA HARIAN
Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap orang Islam melazimkan dirinya dengan zikir kepada Allah SWT sepanjang masa. Antara caranya ialah dengan memilih wirid dan doa tertentu untuk dijadikan amalan. Diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khattab, sabda Rasulullah SAW:
مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ ، فَقَرَأَهُ فِيمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الظُّهْرِ ، كُتِبَ لَهُ كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنْ اللَّيْلِ
“Sesiapa yang tertinggal dengan sebab tertidur daripada membaca "hizb" (susunan wirid atau zikir tertentu yang biasa ia amalkan) atau sebahagian daripadanya, kemudian ia membacanya pada waktu antara solat Subuh dan solat Zohor, maka ditulis ganjaran untuknya seolah-olah ia membacanya pada waktu malam.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah)
Susunan buku ini dapat memudahkan kita melakukan amalan tersebut. Seterusnya menggalakkan kita melakukannya secara berterusan. Amalan seperti ini dengan penghayatannya adalah menjadi sebagai pengubat jiwa dan pasak kepada jati diri serta mendorong kepada keberkatan dalam kerja-kerja harian kita. Ia juga adalah senjata bagi orang yang lemah dan ibadat bagi orang yang gagah. Ganjaran amalannya tetap boleh diperolehi daripada Allah SWT baik di dunia maupun di akhirat.
Teks asal bahagian Wirid Harian diperolehi dari buku:
i) Al-Dua` al-Mustajab min al-Hadith wa al-Kitab. Cetakan: Maktabah Iman, Mansurah Mesir.
ii) Al-Dua` al-Mustajab min al-Hadith wa al-Kitab. Cetakan: Dar al-Kutub al-Jami`iyyah, Mesir.
iii) Munajat al-Rahman fi Qadha Hajatil Insan. Susunan: Yasir Jaafar Syalabiy.
iv) Majalah Pengasuh. Bilangan 488-506.
Teks tersebut dikumpulkan oleh Muhammad Abdul Jawwad dan disemak oleh ulama al-Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud. Kemudian ia telah disusun semula dan diterjemahkan sehingga dapat diterbit dalam bentuk buku seperti ini.
Wirid-wirid dan doa-doa di dalam buku ini merupakan kumpulan doa yang dipetik dari al-Quran dan al-Sunnah. Bacaannya wajar diulangi pada setiap pagi dan petang. Wirid Harian tidak semestinya dibaca mengikut hari-hari yang dicadangkan tetapi dengan mengikuti wirid-wirid yang telah dicadangkan pada hari-hari tertentu, pembaca akan mendisiplinkan diri untuk membaca di samping menghayati semua doa yang meliputi segala keadaan dalam tempoh seminggu.
Semoga segala harapan kita menjadi kenyataan dengan berkat wirid dan doa ini, insyaAllah.
Diselenggarakan oleh:
Salbiah binti Omar
Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Rabi’ al-Awwal 1426
April 2005
ISI KANDUNGAN
Kata Pengantar Penyusun - vi
Wirid Hari Jumaat - 1
Wirid Hari Sabtu - 11
Wirid Hari Ahad - 20
Wirid Hari Isnin - 31
Wirid Hari Selasa - 43
Wirid Hari Rabu - 55
Wirid Hari Khamis - 65
Al-Ma’thurat (Al-Wazifah Al-Sughra) - 77
Zikir Munajat - 90
Tazkirah - 94
Doa Menghindar Angin Ahmar (Lumpuh) - 98
Asmaul Husna - 105
Doa Asmaul Husna - 107
Doa Sebelum Membaca Al-Quran - 108
Doa Selepas Membaca Al-Quran - 109
Spesifikasi Buku:Bilangan Muka Surat : xvii + 109 hal.Saiz : 21cm x 14cm
ISBN : 983-2417-24-4
Harga : RM8.00
Sample:
Boleh didapati di Kedai Buku Tinta Ilmu di alamat:
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP)
Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole,
Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM
Tel / SMS: +603554 16915 / +6012 569 0030 Fax: +603-3554 1670
e-mail: intelmap@yahoo.com
Penghantaran Melalui Pos Cara Pembayaran:-
Bank In / ATM Transfer / Cash Deposit Machine
Bank CIMB: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 1407-0515690-52-4
Bank Islam: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 08-022-02-012734-8
Selepas Bank In, butiran pembayaran dan alamat penghantaran hendaklah dimaklumkan kemudian buku pesanan akan diposkan.
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP)
Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole,
Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM
Tel / SMS: +603554 16915 / +6012 569 0030 Fax: +603-3554 1670
e-mail: intelmap@yahoo.com
Penghantaran Melalui Pos Cara Pembayaran:-
Bank In / ATM Transfer / Cash Deposit Machine
Bank CIMB: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 1407-0515690-52-4
Bank Islam: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 08-022-02-012734-8
Selepas Bank In, butiran pembayaran dan alamat penghantaran hendaklah dimaklumkan kemudian buku pesanan akan diposkan.
No comments:
Post a Comment