Monday, March 10, 2008

Kisah ASHABUL UKHDUD (Tragedi Parit Api)


Kisah ASHABUL UKHDUD (Tragedi Parit Api)
Pedoman Di Jalan Dakwah


Oleh: Syeikh Rifaie Surur


ISI KANDUNGAN
Tirai Bicara Penterjemah
Muqaddimah Penulis
Nas Hadis
Terjemahan Hadis

KISAH ASHABUL UKHDUD
Sempadan Sejarah Kisah Asbul Ukhdud
Pertembungan Islam Dan Kufur
Tukang Sihir Pencorak Kerajaan
Tukang Sihir Mohon Pewaris
Raja Mengutus Si Kecil
Si Kecil Bertemu Pendita
Si Kecil Mengadu Pendita
Si Kecil Membunuh Haiwan Daabah
Si Kecil Kembali Menemui Pendita
Pendita Meminta Si Kecil Merahsiakan Tentang Dirinya
Merawat Penyakit Buta, Sopak Dan Pelbagai Penyakit Lain

Mukjizat Para Nabi Dan Karamah
Pengawal Raja Meminta Si Kecil
Merawat Penyakit Mereka
Pengawal Raja Beriman Kepada Allah
-
Tahap-Tahap Dakwah
Raja Mendakwa Dirinya Tuhan
Cubaan Raja Memperdaya Si Kecil
- Membentengi diri daripada tumpas dengan pasakan keazaman
dan tekad yang jitu
- Ketabahan merupakan senjata yang paling ampuh untuk berhadapan dengan cabaran
Raja Gagal Memurtadkan Si Kecil
Si Kecil Kembali Menemui Raja
Si Kecil Menunjuk Ajar Raja Teknik Membunuhnya
Si Kecil Gugur Syahid
Trajedi Ukhdud Yang Tragis



TIRAI BICARA PENTERJEMAH

Segala puji dan syukur ke hadhrat Ilahi, salawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, para sahabat Baginda, tabi’ dan tabi’in , keluarga baginda dan seluruh umat Islam sehingga akhir zaman.

Sehingga dewasa ini, kita masih lagi memerlukan bahan-bahan bacaan bercorak agama yang membicarakan tentang kisah-kisah perjalanan dakwah umat-umat terdahulu, yang diceduk daripada khazanah al-Quran dan as-Sunnah, untuk memudahkan kita mengenali ‘Ahlul Haq’(pejuang kebenaran) dan ‘Ahlul-Batil’(pejuang kebatilan) dan turut menjelaskan bagaimana sejarah pergeseran antara dua kelompok manusia yang berlainan matlamat ini berlaku. Ini semua juga, dapat memperjelaskan kepada kita keutamaan di dalam tindakan dan kerja-kerja dakwah, untuk mengetahui neraca sebenar antara maslahah dan ‘mafsadah’ sepertimana detik-detik getir yang dipaparkan di dalam kisah ashabul ukhdud ini.

Masyarakat ketika itu sedang mengalami proses perubahan yang besar; iaitu peralihan dari zaman kegelapan kepada zaman cahaya; suatu zaman di mana berlakunya pertembungan yang sengit antara kebenaran dan kebatilan; dan keadaan ini semestinya mengheret para da’ie ke kancah kesamaran dan kekeliruan dalam menentukan wasilah dan method perjuangan mereka. Sudah pasti mereka memiliki tasawwur yang berbeza di dalam membuat ukuran tentang kemenangan dan ketumpasan, sudah pasti kehendak dan kemahuan manusia beraneka ragam dalam mencapai matlamat mereka yang pelbagai. Setiap mereka mungkin akan merasakan objektif dan matlamat merekalah yang lebih utama untuk diambil kira.

Munculnya kisah-kisah Nabi dan Rasul di dalam kitab-kitab dan sunnah, boleh membantu menerangi jalan-jalan pejuang kebenaran, dan menjelaskan kepada kita persimpangan jalan, antara lorong yang menuju ke lurah kesesatan dan lorong menuju cahaya kebenaran. Telah dipaparkan di dalam hadis ini tentang perincian kisah ashabul ukhdud, manakala al-Quran memperjelaskan matlamat sebenar kisah ini. Inilah dia antara kisah yang sangat bernilai dan bermakna yang perlu dihayati bersama. Kisah ini mengandungi faedah yang sangat besar bagi kaum muslimin dan setiap peringkat di dalam cerita ini mestilah diperhati dan dihayati bersungguh-sungguh, mudah-mudahan ia berupaya untuk menerangi dan menyuluh kehidupan para da’ie khususnya dan umat Islam amnya.

Akhir sekali saya amat mengalu-alukan sebarang saranan dan teguran berguna, sekiranya ada sebarang kesamaran dan kesilapan yang tidak terjangkau oleh penterjemah sendiri. Mudah mudahan usaha yang tidak seberapa ini turut menyumbang dalam mengisi arus kebangkitan yang sedang rancak dewasa ini

Salam Hormat:
Mohd Nizam B Mohd Ali
Ahmad Hasan B Mohd Nazam
Universiti Al-Azhar, Mesir
20 Oktober 1999



Penerbit:
PENERGIAAN JAHABERSA
http://www.jahabersa.com.my/

Alamat
Perniagaan Jahabersa
No 15 Jalan Dataran 3/3
Taman Kempas
81200 Johor Bahru
Johor

Telefon
07-2351602

Faks
07-2351603

No comments: