BEKALAN DI SEPANJANG JALAN DAKWAH
Oleh: Mustafa Masyhur
IS1 KANDUNGAN
Sepatah Kata Dari Penterjemah
Muqaddimah (Oleh Al-Ustadh 'Umar Al-Tilmisani)
- Di Atas Jalan Da'wah… Kita Perlukan Bekalan
- Berbekallah Dengan Al-Qur 'an
A. Al-Qur'an
B. Dari Jahiliyyah Kepada Islam
C. Al-Qur'an Di Tangan Kita
D. Contoh Teladan Boleh Berulang
E. Ayuhlah Kita Memperelokkan Hubungan
Dengan Al-Qur'an
F. Mengikut dan Melaksanakan
- Bertafakkur Terhadap Makhluk dan Tanda-Tanda
Kekuasaan Allah
A. Segalanya Adalah Tanda Kekuasaan Allah
B. Alam Tumbuhan dan Serangga
C. Di Segenap Ufuk
- Bertafakkur Terhadap Ni'mat Allah
- Bertafakkur Terhadap Perkara Ghaib Yang Dinantikan
A. Tempoh Sebelum Ajal
B. Peringkat Kematian
C. Kubur dan Kehidupan Alam Barzakh
- Bertafakkur Terhadap Hari Akhirat
A. Tiupan Sangkakala
B. Pembentangan Suratan 'Amal, Hisab dan Mizan
C. Titian (Sirat)
D. Syafa'at
E. Kolam Syurga
F. Neraka Jahannam
G. Syurga dan Ni'matnya
- Dalam Sirah Terdapat Bekalan
- Dalam 'Ibadat Salat Terdapat Bekalan
- Sembahyang
- Dalam 'Ibadat Puasa Terdapat Bekalan
- Dalam 'Ibadat Zakat Terdapat Bekalan
- Dalam 'Ibadat Haji Terdapat Bekalan
- Dalam Qiyamullail Terdapat Bekalan
- Dalam Zikir dan Do'a Terdapat Bekalan
- Dalam Mengikuti Sunnah Terdapat Bekalan (I)
- Dalam Jihad Fi Sabilillah Terdapat Bekalan
- Dalam Mengikuti Sunnah Terdapat Bekalan (II)
A. Teladan Yang Sempurna
B. Di Antara Keindahan Sunnah
C. Sunnah dan Pembinaan Keperibadian
- Dalam Da'wah Ada Bekalan
- Pada Persahabatan Yang Salih Ada Bekalan
- Dalam 'Amalan Salih Terdapat Bekalan
- Penutup ..... Manfa' at Bekalan
SEPATAH KATA DARI PENTERJEMAH
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat
Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan keagunganNya akhirnya dapat juga kami menyelesaikan terjemahan sebuah karya agung yang dirasakan amat berharga ini, "Bekalan Di Jalan Dakwah" untuk menjadi tatapan semua aktivis Islam yang sedang menyiapkan bekalan untuk terjun ke medan da'wah.
Sememangnya kita sedia maklum perkara pertama yang kita
perlukan di jalan da'wah ialah perasaan ma'iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam, bahkan pada setiap detik. Lebih-lebih lagi di saat aktivis Islam kini semakin hari semakin lagi banyak menghadapi pelbagai halangan dan hambatan yang sentiasa menguji kekentalan dan kekuatan iman pejuang Islam, serta cabarannya semakin kompleks. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia akan kehilangan dan sesat. Sesungguhnya sebark-balk bekalan adalah taqwa. Dan taqwa yang terbaik adalah apa yang membawa kita kepada apa yang dikehendaki Allah. Di dalam buku yang ringkas dan padat ini Ustadh Mustafa Masyhur telah menghimpunkan untuk kita pelbagai jenis bekalan yang dilimpahi dengan kebaikan dari hidangan Al-Qur'an. Beliau memaparkan semua itu di hadapan kita bukanlah untuk kita memilihnya. Di dalam bekalan orang yang bertaqwa, tiada apa yang harus diambil dan ditinggalkan, dan tiada apa yang istimewa dan tiada apa harus dipilih. Mudah-mudahan ia benar-benar bermanfabat dan memberi faedah kepada kita semua dalam meneruskan misi mengembangkan syiar Islam dan mendaulatkan agama Islam yang kita cintai ini.
Ribuan kema'afan kami pohonkan di atas segala kekurangan dan kelemahan dari usaha kerdil kami ini, sekiranya di dalam teks terjemahan ini kita menemui pelbagai kepincangan dan kesilapan yang tidak kami sedari. Kami berdo'a kepada Allah mudah-mudahan usaha ini tetap dihitung oleh Allah sebagai amal kebajikan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah, Amin.
Salam hormat dari kami,
Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
Mohd Nizam Bin Mohd Ali
Penerbit:
DEWAN PUSTAKA FAJAR
18, Jalan Kuda Kepang 11/2C,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel / Faks: 603-55190233

No comments:
Post a Comment