Monday, March 10, 2008

SYARAH USUL 20 - RUKUN FAHAM


KONSEP ISLAH DAN TAJDID
MENURUT IMAM AL-BANNA

SYARAH USUL 20 - RUKUN FAHAM
[ MEMAHAMI PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM RISALAH TA’ALIM ]

OLEH :
DR. ALI ABDUL HALIM MAHMUD

PENTERJEMAH :
AHMAD HASAN BIN MOHD NAZAM
MOHD NIZAM BIN MOHD ALI



KATA PENTERJEMAH
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabie’ tabi’en dan seluruh para pejuang Islam sepanjang zaman. Dengan limpah kurnia dan kemurahan Allah akhirnya usaha terjemahan yang tidak seberapa ini berhasil juga disiapkan dan dapat berada di tangan para pembaca yang budiman sekalian.

Sesungguhnya manusia sebelum kedatangan Islam, ibarat mayat yang tidak bernyawa dan tiada mempunyai roh. Lalu Allah mengurniakan kepada kita kehidupan yang terbaik, aman dan tenteram. Menjadi umat teristimewa yang diutuskan kepada manusia, untuk menegah perkara yang mungkar dan menyeru kepada kebaikan. Justeru, sesiapa yang ingin meragut Agama dari umat ini ibarat ingin menanggalkan roh dari jasadnya agar ia terus mati tidak bernyawa. Tugas mengembalikan semula syahsiah Islamiyyah yang telah lenyap dari umat ini ialah dengan mengembalikan semula roh Islam agar ia kembali bersemadi ke dalam jasad umat ini.

Terdapat pelbagai macam doktrin dan idealogi yang semakin bercambah dari hari ke hari untuk menyesatkan umat ini sama ada dulu mahupun sekarang. Ini semua tidak mengejutkan kita kerana sememangnya musuh Islam itu banyak di setiap masa dan tempat. Jadi, kita perlu bersatu pada apa yang kita sepakati bersama dan bertolak ansur terhadap sebarang perselisihan antara umat Islam, di samping sentiasa berwaspada terhadap semua perancangan dan tipu daya musuh Islam.

Doktrin dan idealogi sesat tersebut seperti, zionisme, komunisme, gerakan kristianisasi, orientalisme, penjajahan dan bermacam aliran serta gerakan lagi yang ingin menggoncang akidah umat Islam, untuk mencapai matlamat mereka menghapuskan Agama ini di muka bumi.

Dalam aneka macam kekalutan dan kebobrokan pemikiran ini, pelbagai salah faham terhadap agama Islam, terdapatnya manusia yang mengambil sejuzuk dari agama Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain, memisahkan antara akidah dan syariah, para sufi yang terpesong dari pemikiran dan ajaran Islam yang sejahtera, dengan kehendak Allah muncul seorang tokoh agung yang mampu untuk merawat segala kepincangan ini dan membawa sinar menerangi kegelapan ini, iaitu Imam Hasan Al-Banna yang menyeru manusia agar kembali beriman kepada Allah Subhanahu wa ta‘ala dan kembali kepada manhaj Rasul dan para salaf umat ini.. Dakwah dan gerakan pemulihan beliau berkisar pada paksi:

1- Membebaskan akidah dari segala kejumudan yang merangkumi pelbagai syubhat, sangkaan kosong dan membetulkan semula tasawwur kehidupan.
2- Menyelamatkan pemikiran umat dari memfokuskan kepada sejuzuk urusan Agama ini, yang menyebabkan kita hanya menggembar-gemburkan sebahagian dari urusan Agama dan mengabaikan juzuk-juzuk yang lain dan kesyumulannya.
3- Merungkai kejumudan yang membelenggu pemikiran umat Islam, memecahkan tembok taklid dan membuka semula pintu ijtihad agar membolehkan para ulama’ mencari formula baru untuk menyelesaikan pelbagai masalah semasa dan mendatang yang sentiasa melingkari kehidupan umat ini.

Dengan kurnia Allah Imam Al-Banna telah menjelaskan semua perkara ini di dalam risalah beliau yang dinamakan ‘Risalah Ta’alim’, yang padat dan amat bermakna, dengan penjelasannya yang terang dan nyata, tanpa sebarang kekeliruan dan kesamaran.

Mudah-mudahan usaha terjemahan yang kerdil ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua umat Islam di serata pelusuk tanah air. Serba kekurangan, lalai dan alpa sememangnya menjadi sifat manusia biasa. Kami sedaya upaya mempersembahkan terjemahan yang terbaik untuk sidang pembaca, namun sekiranya masih ada sebarang kelemahan, kekurangan dan kesamaran yang tidak disengajakan pihak kami menyusun sepuluh jari, memohon ribuan kemaafan. Semoga usaha kecil ini tetap dihitung oleh Allah Subhanahu wa ta‘ala sebagai sebahagian dari amal kebajikan dalam menyebarkan Agamanya yang suci ini

Wasalam.


ISI KANDUNGAN

DEDIKASI
KANDUNGAN
KATA PENTERJEMAH
MUQADDIMAH
Faktor Perpecahan Kaum Muslimin Dan Kemunduran Tamaddun Mereka Hari Ini
Penyelesaian Bagi Perpecahan Dan Kebinasaan Ini
Manhaj Pejuang Pembaharuan Muslim (reformis) Dalam Melakukan Islah (reformasi)
Manhaj Islah al-Imam al-Banna

MEMAHAMI PRINSIP ISLAM
DI DALAM RISALAH TA‘ALIM


Rukun Bai‘ah
RUKUN PERTAMA (FAHAM)

PRINSIP PERTAMA
- Islam adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat
- Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan
- Islam adalah kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman
- Islam adalah material (madah) dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan
- Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah
- Islam adalah akidah yang sebenar dan ibadat yang sahih tanpa ada bezanya

PRINSIP KE DUA
- Definisi hukum-hakam (Ahkam) Islam
- Al-Qur’an Sebagai Hujah
- Sunnah Nabi Yang Suci Sebagai Hujah

PRINSIP KE TIGA
1) Cahaya Iman Yang Benar
2) Suatu Yang Tidak Diterima Sebagai Dalil
Syarak
2.1) Ilham
2.2) Lintasan Hati
2.3) Pandang Tembus
2.4) Mimpi (Ru’ya


PRINSIP KE EMPAT
Kemungkaran Yang Wajib Diperangi
1) Tangkal Azimat
2) Jampi Serapah
2.1) Islam Mengharuskan Jampi Dengan Menggunakan Ayat Al-Quran Dan Doa Yang Ma’thur
3) Wada‘
4) Al-Ram
5) Dakwaan mengetahui perkara ghaib
6) Tukang Tilik


PRINSIP KE LIMA
1) Ijtihad
2) Pendirian Kaum Muslimin Pada Soal Ibadat Dan Adat.


PRINSIP KE ENAM
1) Terpelihara Dari Kesalahan
2) Haram Mengecam Saudara Muslim


PRINSIP KE TUJUH
1) Mengikut (Ittiba‘)
2) Kewajipan Para Pengikut
3) Mencapai Darjat Meneliti


PRINSIP KE LAPAN
1) Bentuk-bentuk Perselisihan
2) Adab Khilaf


PRINSIP KE SEMBILAN
1) Mendalami permasalahan yang tidak mendorong kepada amal dan hukum-hakam yang masih belum berlaku.
2) Melibatkan diri kepada makna-makna ayat al-Quran yang masih belum tercapai oleh ilmu.
3) Membicarakan secara mendalam kelebihan antara para sahabat dan perselisihan antara mereka.


PRINSIP KE SEPULUH
1) Method Sebenar Mengenal Allah Subhanahu wa ta‘ala
2) Permasalahan Terpenting Tauhid
2.1) Perbicaraan Tentang Sifat Allah
2.2) Tauhid Rububiyyah
2.3) Tauhid Uluhiyyah


PRINSIP KE SEBELAS
1) Definisi Bid‘ah
2) Pembahagian Bid‘ah:


PRINSIP KE DUA BELAS
1) Hukum Taklifi Bagi Bid‘ah Di Sudut Akidah, Ibadat Dan Adat.
2) Hukum Bid‘ah Idhafiyyah Dan Bid‘ah Tarkiyyah


PRINSIP KE TIGA BELAS
1) Permasalahan Pertama: Siapa Para Wali Itu?
2) Permasalahan Ke Dua: Apakah Karamah Yang Thabit Ke Atas Mereka Di Segi Syara‘
3) Permasalahan Ke Tiga: Apakah Pendirian Kaum Muslimin Terhadap Para Wali


PRINSIP KE EMPAT BELAS
1) Pensyariatan Menziarahi Kubur
2) Amalan Terpenting Yang Diharamkan Terhadap Kubur


PRINSIP KE LIMA BELAS
1) Doa
2) Tawassul
2.1) Tawassul Yang Disyariatkan
2.2) Tawassul Yang Tidak Disyariatkan


PRINSIP KE ENAM BELAS
1) Uruf Yang Pincang
2) Tipu Daya Lafaz


PRINSIP KE TUJUH BELAS
1) Aqidah Teras Amalan
2) Amalan: Antara Hati Dan Pancaindera


PRINSIP KE LAPAN BELAS
1) Islam Membebaskan Akal
2) Seruan Merenung Alam Semesta
3) Islam Menjulang Status Ilmu


PRINSIP KE SEMBILAN BELAS
Tidak Wujud Kontradiksi Antara Akal Dan Syara‘



PRINSIP KE DUA PULUH
Hukum Mengkafirkan Saudara Muslim


PENUTUP


Penterjemah:
Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
Mohd Nizam Bin Mohd Ali


Penerbit:

DEWAN PUSTAKA FAJAR

18, Jalan Kuda Kepang 11/2C,
40100 Shah Alam, Selangor.

Tel / Faks: 603-55190233

No comments: