Tuesday, May 11, 2010

Minggu Pertama di Alam Kubur




Ulasan buku MINGGU PERTAMA DI ALAM KUBUR di Harian Metro

Buku ini membawa pembaca mengembara dari penghujung kehidupan dunia yang seronok dan penuh kenikmatan menempuh alam barzakh yang penuh misteri, seksa dan ngeri.

Bahasa buku ini mudah dan jelas sehingga membaca bab demi bab terasa menyeronokkan apatah lagi mengenai alam yang selama ini tidak pernah kita tengok atau huni melainkan selepas mati.

Rujukan daripada al-Quran, hadis Nabi Muhammad s.a.w dan kitab karangan ulama menguatkan hujah yang disampaikan dalam buku ini.

Buku ini perlu dibaca umat Islam yang mahu membersihkan diri daripada perbuatan dosa dan kelak menjadi penghuni kubur dalam keadaan reda.

Kesimpulannya, buku ini mampu memberi keinsafan kepada pembaca kerana sebagai manusia yang kerdil, kita perlu bersiap sedia sepanjang masa kerana kematian akan datang tanpa di duga.

Amat malang mereka yang belum insaf dan bergelumang dosa kerana berpendapat apabila umur muda, hari kematian masih jauh. Ingatlah, kematian tidak mengira usia malah jika ditakdirkan mati, ia tidak bertangguh walaupun sesaat.

Anas RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW mengajar sepotong doa:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
“Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan lebih baik untukku. Dan matikanlah aku jika kematian lebih baik untukku.” (Sepakat Riwayat)

Harga RM22.00