Monday, March 10, 2008

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN



HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN
Diselenggarakan Oleh: Mohd Nizam Mohd Ali & Ahmad Hasan Mohd Nazam

ISI KANDUNGAN
Kalam Presiden iv
Tirai Bicara Penyusun v
Kata Pengantar vii

BAHAGIAN PERTAMA
Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim
Pengenalan Luqman Al Hakim
Adakah Luqman Seorang Nabi Atau Al-Hakim
Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Al Hakim Di Dalam Al Quran
Antara Hikmah Terawal Luqman

BAHAGIAN KEDUA
Pengenalan Hikmah dan Kepentingannya
Pelbagai pengertian Hikmah
Penjelasan Al Quran tentang hakikat Hikmah
Kalimah Hikmah yang khusus kepada para Anbia’
Kalimah hikmah yang tidak khusus kepada para Nabi
Bahana dan kesengsaraan hidup tanpa Hikmah
Cara-cara memberpolehi Hikmah

BAHAGIAN KETIGA
Keunikan Uslub Al Quran dan As Sunnah Dalam Konteks Dakwah

BAHAGIAN KEEMPAT
Huraian Umum Berkaitan Wasiat Luqman
Bersyukurlah kepada Allah
Jangan mensyirikkan Allah
Berhemah tinggi terhadap Ibu dan Bapa
Menjejaki perjuangan para Salafussaleh
Zahir dan batin di dalam genggaman Allah
Tunaikanlah Solat dan berdakwahlah
Awasi sifat ego dan bersederhanalah


BAHAGIAN KELIMA

Huraian Terperinci Topik-topik Penting Dalam Wasiat
Luqman Al Hakim

AQIDAH
Bahaya Syirik dan Pendedahan Al Quran berkaitan ahli syirik.
Tegahan mensyirikkan Allah
Pendedahan Al Quran tentang ahli syirik
Bentuk-bentuk syirik
Martabat syirik
Kalimah Tauhid
Tuntutan kalimah “LailahaIllallah”

PengertIan dan Cara-cara Bersyukur
Definisi Syukur
Cara bersyukur kepada Allah SWT
Cara bersyukur kepada manusia

Kesempurnaan Aqidah di Dalam Wasiat Luqman
Bentuk-bentuk kecintaan terhadap Allah
Sifat-sifat yang disukai Allah
Sifat-sifat yang dibenci Allah


IBADAH
Falsafah Solat dan Kepentingannya
Kepentingan menunaikan solat
Faedah-faedah menunaikan solat

KEMURNIAN AKHLAK
Berbakti Kepada Ibubapa dan Persoalan Yang Berkaitan
Dengannya
Pengertian akhlak
Kepentingan berbakti kepada Ibubapa
Pelbagai cara berbakti kepada dua Ibubapa
Beberapa persoalan berkaitan berjasa kepada Ibubapa:
- Nafkah
- Berbakti terhadap mereka selepas mereka meninggal
dunia
- Jihad
- Ibubapa yang tidak beragama Islam
- Ganjaran berbuat baik kepada Ibubapa
- Tegahan menderhaka kepada Ibubapa
- Ketulusan pengorbanan Ibubapa

DAKWAH
Cabaran Dakwah Dan Ciri-Ciri Pendakwah
Sabar menghadapi dugaan
Amar ma’ruf dan nahi mungkar
Dakwah yang berhikmah
Tahap-tahap dalam mencegah kemungkaran
Hukum-hukum berkaitan menegah kemungkaran
Doktor yang sakit merawat pesakit??
Kedudukan mereka yang bersikap berkecuali
Tawadhu’ dan merendah diri
Bolehkah kita mengesan virus takabbur

BAHAGIAN KEENAM
Pengajaran Dari Wasiat Luqman
Pengajaran umum wasiat Luqman
Pengajran khusus wasiat Luqman

BAHAGIAN KETUJUH
Wasiat Yang Terdapat Nas Yang Jelas Di Dalam Al Quran
Wasiat yang Tidak Termaktub Di Dalam Al Quran

BAHAGIAN KELAPAN
Penutup
Rumusan penting berkaitan aspek-aspek utama Hikmah
Hubungkait antara kemunian akhlak dan kemurahan rezeki

BIBLIOGRAFI


TIRAI BICARA PENYUSUN


Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’ at-tabi’in dan seluruh kaum muslimin se-hinggalah ke hari kiamat.


Terlalu berat rasanya hati, untuk menyusun buku berkaitan dengan wasiat Luqman Al-Hakim ini, yang digali dari Al-Quran dan As-Sunnah, kitab-kitab tafsir, di samping berpandukan kitab-kitab berbahasa Arab yang lain, dalam menghuraikan maksud tersirat di sebalik wasiat tersebut. Manusia yang lemah ini tidak akan mampu menghurai dan menggarap segala hakikat sekalipun dikerah segala tenaga dan diperah segala keringat. Namun mengenangkan menyampai dan menyebarkan ilmu sebagai satu kewajiban digagahi jua diri yang dhaif ini. Inilah satu persimpangan yang amat sukar untuk dilalui. Bila mengingatkan masyarakat kita yang terlalu dahagakan petunjuk Ilahi dan santapan jiwa untuk menerangi kehidupan mereka, usaha yang tak seberapa ini diteruskan jua.


Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim. Apakah ke-muliaan dan keistimewaan yang ada padanya sehingga mendapat penghormatan nama beliau diabadikan di dalam Al-Quran dan terdapatnya satu surah khusus yang dinamakan “surah Luqman”. Kemuliaan yang paling agung ini juga dapat kita saksikan sendiri apabila Allah ‘Azza Wa Jalla memperincikan wasiat beliau kepada anaknya. Wasiat inilah yang menjadi pedoman dan panduan kita dalam melayari bahtera hidup ini: tanpa mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, mendirikan sembahyang, berbakti kepada kedua ibubapa, berakhak mulia, menyeru kebaikan dan menegah kemung-karan, bersabar dalam menempuh sebarang cabaran dan tidak berlaku angkuh dan sombong. Inilah dia kandungan wasiat Luqman kepada anaknya.


Al-Quran adalah perlembagaan suci yang mampu membimbing manusia ke jalan yang lurus serta menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat. Setiap topik dan persoalan yang dipaparkan dalam Al-Quran mengandungi mesej penting dan penuh bermakna, yang perlu dihayati dan dipraktikkan bersama. Allah ‘Azza Wa Jalla tidak membiarkan hambanya terkapai-kapai menentukan jalan hidupnya sendiri untuk mencari kebahgiaan abadi sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Mengasihi hambanya dan Allah ‘Azza Wa Jalla menyediakan jalan jalan untuk menuju kebahagiaan tersebut. Inilah antara yang terkandung di dalam wasiat ini. Wasiat Luqman ini juga memaparkan kaedah pendidikan dan tarbiah yang paling unggul bagi sesiapa yang gigih mengkaji dan mengambil pengajaran daripadanya.


Inilah antara intipati yang cuba kami ketengahkan sekadar daya upaya yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Buku ini memaparkan persoalan akidah dan syirik dengan panjang lebar, sesuai dengan kedudukannya sebagai wasiat yang paling penting dan utama serta yang terawal diungkapkan oleh Luqman kepada anaknya. Hilanglah nilai dan harga diri kalau hidup tanpa aqidah, ibarat bangkai bernyawa.


Mudah-mudahan santapan rohani yang disajikan ini men-datangkan manfaat kepada penyusun sendiri dan kepada sidang pembaca sekelian. Sebelum mengakhiri kata-kata ini setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Fauzi yang sudi menghulurkan kata-kata pendahuluan, serta sokongan dan galakan padu yang diberikan kepada kami dalam usaha menyiapkan buku ini. Sebarang kesilapan atau kesalahan yang tidak tidak disedari dan tidak terjangkau oleh penyusun amat dikesali.


Buat akhirnya, segala teguran dan saranan yang berguna dari kalangan cerdik pandai dan golongan intelektual adalah dialu-alukan, agar segala kesilapan dan sebarang kekaburan dapat diperjelas dan diperbetulkan. Seterusnya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah ‘Azza Wa Jalla untuk kejayaan hidup kita di dunia dan ahirat.

Salam Hormat Daripada Penyusun:
Ahmad Hasan B Mohd Nazam,
Fakulti Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.

Mohd Nizam B Mohd Ali Al-Jempoli,
Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Alamat;
9, Al-Baramika Streets,
7th District, Nasr City,
Cairo, EGYPT
16 April 1999.


Penerbit:
PENERGIAAN JAHABERSA
http://www.jahabersa.com.my/

Alamat
Perniagaan Jahabersa
No 15 Jalan Dataran 3/3
Taman Kempas 81200 Johor Bahru
Johor

Telefon 07-2351602
Faks 07-2351603

No comments: