KANDUNGAN
Pendahuluan
Bahagian Pertama
Ibadah Memelihra Manusia
Pengertian Ibadah
Matlamat Ibadah
Bahagian Kedua
Hakikat Ibadah
Ibadah: Jalan Penyatuan
Alam Sejagat Adalah Medan Ibadat Bagi orang Beriman
Amal Manusia di Dunia Adalah Ibadat
Keistimewaan Ibadah
Bahagian Ketiga
Cinta dan Redha
Penghargaan dan Takut
Ketenteraman dan Ketenangan
Bahagian Keempat
Amal Soleh Penolong Kita
Aspek-aspek Ibadah
Bahagian Kelima
Persimpangan Di Dalam Ibadah
Klasifiksi Ibadah yang Afdhal
Bahagian Keenam
Keistimewaan Ummat Islam
Keistimewaan Pada Aqidah
Keistimewaan Pada Ibadah
Keistimewaan Pada Akhlak
Keistimewaan Pada Penampilan
Keistimewaan Pada Personaliti
Bahagian Ketujuh
Penutup
Ibadah dan Peranan Muslim
KATA PENGANTAR
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Segala kesudahan hanyalah bagi mereka yang bertaqwa. Tiada permusuhan melainkan ke atas mereka yang zalim . Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian makhluk . Dan juga ke atas ahli keluarga Baginda, Para Sahabat serta siapa sahaja yang menyeru dengan seruan Baginda, menuruti manhaj Baginda sehingga hari qiamat .
Matlamat utama iltizam melaksanakan tuntutan Islam adalah untuk :-
1. Memastikan ubudiah semata-mata kerana Allah.swt
2. memelihara dan melindungi insan .
3. menjaga keluhuran aqidah.
4. membersih hati, roh dan akal.
5. menjaga harta dan maruah .
Matlamat di atas hanya dapat dicapai dengan mengenali Allah, beribadat dan mengeratkan hubungan kemanusiaan yang dibina di atas asas cinta, kasih sayang, persaudaraan dan saksama. Dengan itu, selayaknya insan mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah swt.
Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan (Arab) yang ummiy seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya dan membersihkan mereka (dari i`tiqod yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al Quran ) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara`). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad ) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Al- Juma’ah :2]
Allah adalah pemberi segala nikmat . Segala puji-pujian hanya selayaknya dipanjatkan kehadrat Allah SWT. Fitrah manusia memang sentiasa menginginkan suatu yang indah. Senang hati dan berlapang dada dengan sesiapa sahaja yang berbuat baik kepadanya sehingga menyebabkan dia merasa terhutang budi
Namun dimanakah ihsan manusia dengan segala nikmat Allah swt yang tidak terhingga tersebut.?? Sekadar manakah manusia telah melaksanakan hak kewajipan terhadap Allah ? Segala kenikmatan yang dihirup oleh manusia adalah sekelumit daripada anugerah, kelebihan dan nikmat Allah. Allah Ta`ala memiliki segalanya, Maha Kuasa mengatur segala kehidupan
Telah jelas kepada kita bahawa kehidupan ini menyingkap persoalan hubungan dengan Allah. Puji dan syukur hanya kepada Allah yang menurunkan segala nikmat. Seluruh aspek kehidupan kita dikembalikan kepada Allah. Jadi, penyelewengan segolongan manusia dari hakikat ini adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Ia berlaku sejak zaman silam lagi . Firman Allah swt
Maksudnya : Tidakkah engkau melihat ( dan merasa ajaib ) terhadap orang-orang kafir yang telah menukarkan kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. (Iaitu) nereka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah) seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam . [ Ibrahim : 28 , 29 ]
Keingkaran puak ini diwarisi turun-menurun hingga ke zaman ini dan ia telah sampai ke tahap kemuncak. Fenomena ini perlu dirawat memandangkan tiada siapa yang dapat menerima, redho dan mahu mempertahankannya. Lantaran daripada keingkaran mereka, berpaling dari kebenaran dan merasa diri tidak berhajat kepada Tuhan Pemilik alam semesta dan dan Pentadbir bagi segala urusan. Allah swt. telah menerangkan betapa hebatnya limpahan kurnia-Nya tapi malangnya, manusia amat zalim dan kufur
Maksudnya : Allah jualah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit, lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu ; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu mengguna kapal–kapal belayar di laut dengan perintahnya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan ia juga yang menjadikan matahari dan bulan yang sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka meletakkan suatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. [ Ibrahim : 32, 33 , 34 ]
Yang Maha Pencipta, Pemberi rezeki, Yang Maha Mengetahui dan Yang memuliakan manusia adalah Allah. Adakah mereka mengiktiraf semua ini ?? Meskipun demikian, apa yang berlaku amat menghairankan. Firman Allah:
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada orang musyrik itu ; sesudah jelas dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil. [Az-Zumar : 64 ]
Diriwayatkan dalam hadis qudsi :
Maksudnya: Aku, manusia dan jin berada dalam satu perkhabaran yang besar; Aku menjadikan mereka tetapi mereka menyembah selain Aku, Aku memberi mereka rezeki tetapi mereka bersyukur kepada selain Ku .
Firman Allah
Maksudnya : Ingatlah ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampauibatas. Sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) Sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali ( untuk menerima balasan). [ Al-Alaq : 6 , 7, 8]
Gerakan dakwah Islamiyyah masakini yang merupakan kesinambungan daripada dakwah generasi Islam pertama, ia telah mengorak langkah untuk menyelamatkan manusia dari kehinaan dan kesesatan. Memberi tunjuk ajar kepada yang jahil, memberi peringatan kepada mereka yang lalai dan menyelamatkan mereka yang hanyut agar kembali ke pangkuan Ilahi. Menerangkan halangan sebenar yang patut dilalui. Namun demikian, hakikatnya kesedaran manusia adalah bermula dari dalam diri sendiri . Firman Allah
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri . [ Ar- Ra’ad : 11]
Sesungguhnya reformasi insan dengan mengembalikan mereka kepada Allah merupakan matlamat sebenar diutuskan Rasul dan diturunkan semua kitab-kitab samawi. Usaha ini tidak mampu dilaksanakan, baik pada hari ini mahupun hari esok melainkan jika Islam dan Al Quran dijadikan sebagai landasan hidup. Ia merupakan manhaj rabbani yang abadi dan unggul. Ia juga tidak mampu untuk dilaksanakan melainkan bagi mereka yang diberi taufik oleh Allah dan sanggup meletakkan seluruh kehidupannya bagi menjayakan tugas ini .
Islam telah melalui kurun yang lampau dan kejernihannya telah dikaburi dengan pelbagai warna. Konsep Islam yang sebenar telah dikelirukan sehingga membawa kepada pengertian yang berbeza di kalangan orang Islam sendiri. Sehingga mereka menyangka bahawa Islam hanya sekadar upacara keagamaan yang tiada kaitan dengan kehidupan. Bagi mereka Islam hanyalah sembahyang dua rakaat yang ditunaikan di dalam masjid dan tiada kena mengena dengan realiti kehidupan .
Justeru itu, risalah ini menjelaskan beberapa hakikat yang mendalam tentang perkara ini :
• Intipati ibadat adalah jalan ke arah kesatuan masyarakat yang harmonis, bukan sekadar upacara keagamaan yang kosong .
• Alam sejagat adalah medan ibadat bagi orang mukmin dan setiap amalan yang dilakukan adalah ibadat
• Kesyumulan ibadat merangkumi setiap pergerakkan insan siang ataupun malam dan mencakupi seluruh entiti manusia itu sendiri.
• Ibadat adalah satu-satunya jalan untuk kesejahteraan insan dan menjamin kelangsungannya .
• Ciri-ciri keistimewaan ummah ini adalah terletak pada keistimewaan personalitinya dari segi : Aqidah; Ibadat; Akhlak; Penampilan; Personaliti.
Apakah syarat-syarat yang menjadikan setiap amalan adalah ketaatan dan ibadat ? Firman Allah:
Maksudnya : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Al- Zariat :56]
Tersirat disebalik nas ini suatu hakikat yang besar. Iaitu tujuan sebenar kehidupan dan matlamat kewujudan kita; untuk menghambakan diri kepada Allah SWT.
Daripada Mua`z bin Jabal :
Maksudnya : Daripada Mua`z bin Jabal , beliau berkata : “Suatu hari aku mengiringi Rasulullah saw di atas himar” . Bersabda Rasulullah saw, Wahai Mua`z, adakah engkau mengetahui, apakah hak Allah ke atas hambanya”. Mua`z berkata: “Allah dan Rasul lebih mengetahui”. Bersabda Rasul: “Hak Allah ke atas hambanya ialah menyembahNya dan tidak menyekutuinya dengan sesuatu .
Inilah matlamat kewujudan manusia dan jin. Hanya dengan ibadat yang ditunaikan dapat membuktikan hakikat matlamat yang dituju. Sesiapa yang cuai beribadat atau enggan melaksanakannya, bermakna ia menyimpang dari matlamat yang sebenar. Maka kehidupannya tiada arah, kosong tiada bermakna sedangkan, matlamat tersebut adalah asas utama dalam pembentukan nilai hidup.
Seorang muslim dengan kemampuannya menjadikan seluruh kehidupan dan waktunya sebagai ibadat selagimana dia mengharapkan agar dapat bertemu dengan Allah swt dengan amal ibadatnya
Seorang yang bekerja , penuntut ilmu yang bersusah payah mengulangkaji pelajaran, seorang ahli sains, wanita yang berjaga malam menjaga anak adalah `abid . Sehinggakan mereka yang memelihara dan memberi makan haiwan juga adalah `abid selagimana amalan ini diniatkan untuk jihad Islami .Hubungan suami isteri juga ibadat . Sabda Rasulullah .saw :
Maksudnya : Rasulullah bersabda : “Pada kemaluan kamu sedekah”. Lalu sahabat menjadi hairan dan bertanya: “Seseorang daripada kami mendatangi syahwatnya mendapat ganjaran pahala”. Bersabda Rasulullah: “Tidakkah kamu telah mengetahui bahawa hubungan yang haram mendatangkan dosa. Sahabat berkata : “Ya benar”. Bersabda Rasulullah: “Maka demikan juga jika ia melakukan hubungan yang halal, baginya ganjaran daripada Allah”
Terdapat dua jenis ibadat :
• Ibadat yang telah ditetapkan caranya dan tidak harus diubah dan ditokok-tambah .
• Setiap aktiviti manusia yang menepati dua perkara :
- Niat yang baik.

- Matlamat yang mulia.
Kehidupan muslim bukanlah seperti rahib yang memencilkan diri dari orang lain. Islam juga bukanlah agama teroris yang mengharamkan segala yang baik dalam kehidupan manusia. Agama Islam tidak menegah suatu yang baik. Islam adalah aqidah yang disematkan di hati dan menggerakkan anggota untuk beramal hanya kerana Allah. Islam membentuk sistem kehidupan manusia yang seimbang dan bijaksana. Tidak bergelumang dengan unsur–unsur maddiyyah sehingga melupakan hak ruhnya . Tidak pula, terlalu berlebih-lebihan pada segenap aspek amalan kerohanian sehingga mengabai hak tubuh-badan. Segala hakikat ini akan dijelaskan di dalam risalah ini. Inilah satu aspek yang telah dilupakan oleh sebahagian besar kaum muslimin Berkata Nabi Daud Alaihis Salam :
Maksudnya :-Empat waktu menjadi hak kepada orang yang berakal :
• bermunajat kepada Allah.
• muhasabah diri.
• bertemu sahabat-handai membicarakan tentang diri dan ke`aiban diri sendiri.
• berseronok dengan suatu yang indah dan harus. Waktu ini sebagai penyempurna kepada waktu- waktu yang lain .
Akhir doa kami ialah segala puji dipersembahkan untuk Allah yang memelihara dan mentadbir sekelian alam
PENGARANG
SYEIKH MUHAMMAD ABDULLAH AL KHATIB

Terjemahan:
Mohd Nizam Mohd Ali
Ahmad Hasan Mohd Nazam
Diterbitkan Oleh:
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Tel/SMS : 0125690030
No comments:
Post a Comment