Sunday, June 22, 2008

Hadith 40: Terjemahan dan Intipati


Hadith 40: Terjemahan dan Intipati

Pendahuluan

Segala puji tertentu bagi Allah yang sentiasa kita memujiNya. Kita memohon pertolongan, hidayat dan keampunan daripadaNya. Kita memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukan diri kita dan kejahatan perbuatan kita. Sesungguhnya sesiapa yang diberi hidayat, maka dialah yang mendapat petunjuk. Sesiapa yang sesat, maka tiada siapa yang dapat memimpin dan membimbingnya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dialah yang satu dan tiada sekutu bagiNya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

Dalam menjalani kehidupan dunia menuju akhirat, Allah SWT tidak membiarkan hambaNya terumbang-ambing mencari pedoman. Selain al-Quran, hadith Rasulullah s.‘a.w menjadi panduan yang membimbing manusia kepada kesejahteraan hidup.

Sepertimana yang diketahui umum bahawa 40 koleksi hadith yang diusahakan oleh Imam al-Nawawi mengandungi ciri-ciri keistimewaannya tersendiri, iaitu:

- Merangkumi semua perkara penting yang diperlukan oleh setiap muslim dalam urusan dunia dan akhirat seperti aqidah, hukum-hakam, muamalat dan akhlak.
Ia merupakan himpunan kata-kata yang padat dan menyeluruh, di samping mengandungi hikmah yang unggul. Ciri-ciri inilah yang menjadi kelebihan Nabi Muhammad s.‘.a.w.
- Himpunan hadith-hadith tersebut adalah perkara induk yang menjadi landasan Islam, sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya.
- Hadith-hadith tersebut telah masyhur dan ramai orang telah menghafaznya. Allah SWT telah memberikan manfaat dengan keberkatan niat dan tujuan baik usaha penghimpunnya. Ramai ulama telah membuat keterangan dan huraian mengenainya, sama ada secara lisan atau penulisan.

Dalam usaha untuk menyemarakkan sebaran ilmu yang bermanfaat, risalah kecil ini merupakan sebahagian daripada koleksi rumusan penting yang dipetik dari Hadith 40. Rujukan utama risalah ini ialah Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah, karya Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Luhaimid, Idhoh al-Ma‘ani al-Khafiyyah fi al-Arba‘in al-Nawawiyyah karya Muhammad Tatai, al-Wafi fi al-Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah karya Dr. Mustafa al-Bugha, dan Hadith 40: Terjemahan dan Syarahan, Syeikh Mustafa Abdul Rahman.

Adalah diharapkan semoga buku ini dapat membantu menjadi rujukan dan teman di saat diperlukan.

Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Universiti al-Azhar al-Syarif
http://jailurrashied.blogspot.com

Khairia Haji Ismail
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
Universiti Teknologi MARA


Spesifikasi Buku:
Penerbit: Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Saiz: 16.5X11.5cm
Bil Halaman: xvi+167
No ISBN: 978-983-2417-50-7
Harga: 7.90

No comments: