Sunday, March 22, 2009

Kedudukan Wanita Dalam Islam




K O N T R O V E R S I
ISLAM & WANITA
- Menjawab Fitnah Islam Menzalimi Wanita -















Spesifkasi Buku:
Judul: Kedudukan Wanita dalam Islam
Saiz: 14cm X 21.5cm
Bilangan muka surat: 243 halaman
Harga: RM15.00

Oleh:
ABDUL MAJEED SUBH
Terjemahan dan Tambahan:
Ahmad Hasan Mohd Nazam Mohd Nizam Mohd Ali Rohidzir Rais
Penerbit:
Hidayah Publisher

Bonus:
FATWA SEMASA DR. YUSOF AL-QARADHAWI

Skop Perbahasan:
1) Status Wanita Yang Masih Kabur
2) Konsep Islam Terhadap Wanita
- Dalil Konsep Persamaan Manusiawi
3) Nubuwwah Ke Atas Wanita
4) Kebebasan Individu Wanita
5) Khidmat Wanita Kepada Lelaki
- Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Hukum Wanita Memandang Lelaki
6) Kebebasan Mengendalikan Harta
7) Terpeliharanya Nasab Setelah Berumahtangga
8) Wanita Menyuarakan Pendapat
- Pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi: Apakah Wanita Kurang Akal?
9) Masalah Kepimpinan
10) Wanita Dan Kerjaya
- Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Wanita Bekerja
12) Aurat Wanita
13) Berjabat Tangan Dengan Wanita
- Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki Dan Perempuan


Pendahuluan
Permasalahan wanita menurut kaca mata Islam, merupakan isu-isu yang masih lagi dirantai oleh rasa prejudis, dalam pengkajian dan perdebatannya, sehingga menyebabkan perbincangan di dalamnya dipenuhi prasangka dan taklid, isu yang rumit dan persoalan yang kabur. Wanita tidak mendapat pengadilan, perbahasan yang berat sebelah, sehinggakan ramai yang menyangka penulisan yang kabur itulah hakikat pandangan ISLAM terhadap wanita.

Kata-kata dan dakwaan-dakwaan seumpama itu telah dieksploitasi oleh mereka yang sememangnya sentiasa mencari keaiban di dalam Agama Islam, mereka memuja dan menyanjung suara ini, memburukkan Islam dengan suara ini dan menerima pakai baris-baris kalimat dan slogan mereka yang boleh menyokong penghinaan terhadap Islam. Telahku saksikan sendiri di barat, mereka yang mengulang-ngulang cercaan ini, mereka menyuarakannya, mengisytiharkan dan mempropagandakannya. Mereka menyeru orang-orang asing yang non muslim, dakyah-dakyah yang mengatakan bahawa kekufuran(meninggalkan Agama Islam) itu adalah penyelesaian dan penawar bagi setiap orang muslim. Orang barat memelihara dakyah-dakyah ini dalam pemikiran mereka, untuk diutarakan dalam perjumpaan mereka dan menggembar-gemburkannya, menokok-tambah apa yang tiada dengan disokong oleh hujah-hujah yang telah mereka rakamkan. Lalu mereka menimpakan kezaliman dan kehancuran terhadap Islam, angkara perbuatan mereka di sana-sini, sekaligus mencemari kesucian ISLAM dan mengeruhkan kejernihannya.

Aku menyaksikannya sendiri dan mendengar semua itu, aku merasa sangat dukacita dan dadaku berasa sebak kerana perkara yang hak telah diinjak-injak dan kebenaran telah dibinasakan, sehinggalah Allah memberi peluang kepadaku untuk menerima satu jemputan daripada Kesatuan Hal-Ehwal dan Komuniti Islam Itali pada 23 April 1995. Mereka menjemputku untuk menyampaikan ceramah kepada wanita muslim dan non muslim di sana dan dari sinilah aku mula menulis kajian ini.

Segala keanehan yang telahku hadapi tidak menggembirakanku, kerana ia seolah membebaniku dengan segala macam bangkangan, sedangkan mereka yang menyanggahiku itu, tiada sandaran melainkan sekadar apa yang mereka ketahui perihal adat dan tradisi bangsa mereka sendiri dan berdasarkan beberapa maklumat yang mereka baca dan dengari.

Pengkajian ini berasaskan dalil-dalil dan dapat diterima oleh pihak lain yang tahu menghargainya, mereka yang dapat melihat sinar Islam di dalam perbahasan ini dan mereka yang terbuka dadanya untuk menerima seruan, khususnya mereka di negara barat. Ini merupakan satu perbahasan yang tidak ditokok-tambah dengan apa yang tidak dimiliki oleh pengkajinya dan tidak membebankannya dengan apa yang di luar kemampuan serta tidak mengabuinya dengan apa yang ia saksikan di barat. Bahkan Islam, akal dan ilmu merupakan neraca untuk mengukur apa yang diperhatikan dan diketahui di barat. Dengannyalah, tercetusnya kebenaran di celah-celah kepincangan tradisi barat itu dan segala tipu-dayanya.

Masalah dalam perbahasan ini melangkaui tempat dan masa, seperti masalah keharusan Islam berkenaan talak yang kemudiannya ditiru oleh barat dan mereka cuba mendekati Agama Islam dalam menangani masalah ini, di samping wujudnya beberapa perbezaan, yang menyebabkan orang yang menerimanya ibarat “ingin berlindung dari panas matahari dengan menghampiri api”, kerana wanita barat yang telah diceraikan ia ditegah berkahwin selama beberapa tahun. Perbahasan ini menjangkau masalah keharusan poligami di dalam Islam selepas terbongkarnya rahsia, ketikamana aku menulis di Amerika pada tahun 1992 dan 1993, televisyen di sana menyiarkan kisah seorang paderi yang mengisytiharkan perkahwinannya dengan dua orang wanita di kiri dan kanannya. Dia telah membuat pengikitirafan terhadap perkahwinannya sedangkan undang-undang barat pada umumnya menegah perkara tersebut bahkan dianggap satu jenayah. Kedua-dua isterinya telah menyatakan kebahagiaan mereka berada di samping suami mereka selepas berkahwin. Perbahasan ini juga melampaui itu semua untuk melenyapkan segala kabut tebal dan ketidak adilan yang membelenggu pemikiran.

Allahlah Yang Maha Menyatakan Kebenaran dan Dialah Yang Maha Memberi Petunjuk Jalan

Al-Fadhil Al-Syeikh Abdul Majeed Subh
BA Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar
BA Fakulti Bahasa Arab & Pendidikan, Universiti Al-Azhar.
MA Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab Universiti Al-Azhar.

1 comment:

Shakeel Ahmed said...

masha allah u have very very nice blogg.jazzaak allah
karasiwa.blogspot.com