Tuesday, July 27, 2010

Mukmin Sukses

Buku Mukmin Sukses di Harian Metro 31/12/10:-
Petua Kejayaan Dunia dan Akhirat Dengan Kalimah Lailaha illallah



Harian Metro 06/08/2010:
Sikap terpuji insan unggul


JATI diri seseorang Muslim yang sebenar menjadikan dirinya seorang manusia yang unggul.

Sifat atau perwatakannya sentiasa memenuhi ciri-ciri individu Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah dalam semua aspek kehidupan.

Untuk menjadi manusia unggul dan berjaya, seseorang itu perlu memiliki sifat terpuji iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang lengkap merang­kumi ibadat khusus dan fardu kifayah.

Selain itu, seseorang itu mesti berakhlak mulia yang mencerminkan keimanan dan amal soleh. Ciri-ciri itu nampak mudah tetapi jika tidak berdisiplin, ia sukar untuk digapai.

Bagi seorang mukmin, kejayaan yang disertakan dengan keimanan akan lebih bermakna kerana mereka akan memperoleh dua kejayaan iaitu di dunia dan akhirat.

Alangkah beruntungnya manusia yang mendapat dua anugerah itu. Malah, kejayaan di akhirat adalah anugerah yang hakiki dan kekal untuk selama-lamanya.
Bagi mereka yang mencari-cari kejayaan dunia dan akhirat, buku ini amat sesuai untuk dibaca kerana petua atau tip yang diberikan berlandaskan al-Quran dan hadis.

Untuk mencari ilmu mencapai kejayaan bukan mudah kerana memerlukan pengalaman dan mengambil masa yang lama. Namun, dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak anda sudah bersedia untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Akhbar KOSMO:
Mukmin Unggul



Mukmin Sukses: Ke arah pemantapan Jatidiri

Sebelum barat mengemukakan teori-teori mereka Islam terlebih dahulu memberi panduan bagaimana membina diri... Buku ini merupakan panduan asas bagi seseorang membina diri. Dalam kehidupan masa kini, dalam arus ledakan maklumat, kemungkinan fikiran kita dicemari dengan falsafah luar yang adakalanya tersasar dan tidak menghubungkan kehidupan dengan Allah SWT... Oleh itu semestinya kita kembali merujuk nilai-nilai asas dalam Islam, kerana suatu yang asas itulah yang tulen.. Apabila jatidiri kita disadur dengan nilai asas yang tulen maka kita akan dapat membentuk jatidiri lebih mantap kerana sesuatu yang tulen itulah yang berkualiti!

Harga RM23.00