Wednesday, September 23, 2009

Wasiat Luqman al-Hakim







Buku Wasiat Luqman al-Hakim ini harus menjadi buku modul panduan pendidikan insan bagi setiap individu muslim. Tip dan panduan adalah yang terpilih dan bersumberkan al-Quran, Hadis dan kata-kata ulama.

Pesanan atau wasiat Luqman amat berharga. Ia mengandungi hikmah yang mendalam untuk setiap orang untuk menjalani kehidupan. Pesanan Luqman yang disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran merupakan perkara asas yang perlu diterapkan di dalam diri insan.

Kebijaksanaan Luqman mendorong beliau memberi pesanan kepada anaknya dengan perkara tersebut. Justeru ia adalah perkara penting yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan.

Buku ini membentangkan kupasan mendalam mengenai pesanan Luqman yang termaktub al-Quran. Ini supaya pesanan yang berhikmah tersebut dapat difahami dan diamalkan sebaik mungkin. Disamping itu dihimpunkan pesanan lain yang diriwayatkan dan termaktub di dalam kitab-kitab tafsir al-Quran.

Luqman adalah seorang yang sangat prihatin menjaga adab. Diriwayatkan daripada Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari. Tidak ada siapapun pernah melihat beliau meludah, berkahak, membuang air besar dan air kecil, mandi, bermasam muka dan ketawa (kerana menjaga adab). Beliau tidak mengulangi kata-katanya melainkan jika mengatakan suatu hikmah kemudian orang lain meminta supaya mengulanginya. Beliau pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah. (Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)



Harga RM20.00

Tuesday, May 19, 2009

Kamus Bergambar Pintar Soleh



Kamus Bergambar Pintar Soleh
Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Kamus ini?


• Memenuhi keperluan pembelajaran Bahasa Arab prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
• Panduan menggunakan kamus ini untuk ibu bapa, pelajar dan guru.
• Ilustrasi menarik dan berwarna warni berdasarkan tema yang disusun secara sistematik.
• Sisipan ayat al-Quran, hadis, doa, zikir dan selawat mengikut topik untuk renungan dan amalan.
• Timbangan kata kerja bahasa Arab berserta contoh ayat.
• Pecahan kata kerja bahasa Arab untuk kata kerja masa silam, masa kini dan arahan.

Siapa Perlukan Kamus Bergambar Pintar Soleh?
• Guru-guru yang mengajar pelajaran Bahasa Arab, sebagai rujukan semasa mengajar dan bahan tambahan.
• Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab di sekolah rendah (J-QAF), menengah dan universiti.
• Ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar Bahasa Arab, sebagai rujukan untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.
• Pelancong yang hendak ke Negara Arab seperti Mesir, Jordan, atau menunaikan haji atau umrah di Makkah.
• Pelajar-pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke Negara Arab.

Saiz: 18.5cm X 26cm
Tebal: 206 muka surat
Harga: RM23.00

Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut ISLAM


Karya:
Syeikh Abdullah Naseh Ulwan

Terjemahan:
Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Mohd Nizam bin Mohd Ali

Skop perbahasan buku ini adalah mengenai:-

- Tanggungjawab Pendidikan Seks
- Menjauhi Pengaruh Seks
- Medium Pengislahan
- Mengajar Hukum-Hakam Tentang Usia Remaja Dan Aqil Baligh
- Perkahwinan Dan Hubungan Seksual
- Menjaga Kesucian Diri Apabila Tidak Mampu Berkahwin Adakah Harus Berterus-Terang Kepada Anak-Anak Tentang Seks?

Jumlah Halaman: 170 muka surat
Harga: RM20.00

NILAI DAN PENGURUSAN WAKTU DALAM HIDUP MUSLIM


Karya:
Dr Yusuf al-Qaradhawi
Terjemahan dan Rumusan:
Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Mohd Nizam bin Mohd Ali
Ridzwan Rizal bin Abdul Rahman

NILAI DAN PENGURUSAN WAKTU DALAM HIDUP MUSLIM
(MEDIUM PENGISLAHAN DIRI)


Buku ini merupakan terjemahan dan tambahan berbentuk rumusan kepada buku asal karya Dr Yusuf al-Qaradhawi. Rumusan yang dikemukakan adalah berkisar tentang perkara berikut:-

- Skala Waktu Ibadat Di Dalam Kehidupan Muslim
- Pembahagian Period Waktu Setiap Muslim Setiap Hari
- Pembahagian Waktu Seseorang Sebagai Hamba Allah SWT
- Kelebihan Amalan Mengikut Waktu.
- Senarai Kelebihan Waktu-Waktu Di Dalam Islam
- Peringkat Amalan Sedekah
- Beberapa Anjuran Amalan Harian Terbaik
- Hak-Hak Seorang Muslim
- Keyakinan Dengan Perancangan Masa
- Perancangan Waktu
- Kaedah Membina Diri



Harga RM13.00

Doa-Doa Eksklusif



Susunan:
Datuk Haji Rashid Reza Hj. Md. Saleh (Mufti Melaka)
Ahmad Hasan bin Mohd Nazam


Sinopsis:
Memuatkan doa-doa penting yang penting untuk kegunaan harian:-
- Doa Majlis
- Doa Dalam Perjalanan
- Doa Menyembuh Kesakitan
- Doa Menentang Kezaliman
- Doa Selepas Solat-solat Wajib
- Doa Selepas Solat-solat Sunat
- Doa Rasulullah Pagi dan Petang
- Doa-Doa Para Imam

Bil Halaman: 179 muka surat
Harga RM20.00

Sunday, March 22, 2009

Kedudukan Wanita Dalam Islam




K O N T R O V E R S I
ISLAM & WANITA
- Menjawab Fitnah Islam Menzalimi Wanita -















Spesifkasi Buku:
Judul: Kedudukan Wanita dalam Islam
Saiz: 14cm X 21.5cm
Bilangan muka surat: 243 halaman
Harga: RM15.00

Oleh:
ABDUL MAJEED SUBH
Terjemahan dan Tambahan:
Ahmad Hasan Mohd Nazam Mohd Nizam Mohd Ali Rohidzir Rais
Penerbit:
Hidayah Publisher

Bonus:
FATWA SEMASA DR. YUSOF AL-QARADHAWI

Skop Perbahasan:
1) Status Wanita Yang Masih Kabur
2) Konsep Islam Terhadap Wanita
- Dalil Konsep Persamaan Manusiawi
3) Nubuwwah Ke Atas Wanita
4) Kebebasan Individu Wanita
5) Khidmat Wanita Kepada Lelaki
- Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Hukum Wanita Memandang Lelaki
6) Kebebasan Mengendalikan Harta
7) Terpeliharanya Nasab Setelah Berumahtangga
8) Wanita Menyuarakan Pendapat
- Pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi: Apakah Wanita Kurang Akal?
9) Masalah Kepimpinan
10) Wanita Dan Kerjaya
- Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Wanita Bekerja
12) Aurat Wanita
13) Berjabat Tangan Dengan Wanita
- Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki Dan Perempuan


Pendahuluan
Permasalahan wanita menurut kaca mata Islam, merupakan isu-isu yang masih lagi dirantai oleh rasa prejudis, dalam pengkajian dan perdebatannya, sehingga menyebabkan perbincangan di dalamnya dipenuhi prasangka dan taklid, isu yang rumit dan persoalan yang kabur. Wanita tidak mendapat pengadilan, perbahasan yang berat sebelah, sehinggakan ramai yang menyangka penulisan yang kabur itulah hakikat pandangan ISLAM terhadap wanita.

Kata-kata dan dakwaan-dakwaan seumpama itu telah dieksploitasi oleh mereka yang sememangnya sentiasa mencari keaiban di dalam Agama Islam, mereka memuja dan menyanjung suara ini, memburukkan Islam dengan suara ini dan menerima pakai baris-baris kalimat dan slogan mereka yang boleh menyokong penghinaan terhadap Islam. Telahku saksikan sendiri di barat, mereka yang mengulang-ngulang cercaan ini, mereka menyuarakannya, mengisytiharkan dan mempropagandakannya. Mereka menyeru orang-orang asing yang non muslim, dakyah-dakyah yang mengatakan bahawa kekufuran(meninggalkan Agama Islam) itu adalah penyelesaian dan penawar bagi setiap orang muslim. Orang barat memelihara dakyah-dakyah ini dalam pemikiran mereka, untuk diutarakan dalam perjumpaan mereka dan menggembar-gemburkannya, menokok-tambah apa yang tiada dengan disokong oleh hujah-hujah yang telah mereka rakamkan. Lalu mereka menimpakan kezaliman dan kehancuran terhadap Islam, angkara perbuatan mereka di sana-sini, sekaligus mencemari kesucian ISLAM dan mengeruhkan kejernihannya.

Aku menyaksikannya sendiri dan mendengar semua itu, aku merasa sangat dukacita dan dadaku berasa sebak kerana perkara yang hak telah diinjak-injak dan kebenaran telah dibinasakan, sehinggalah Allah memberi peluang kepadaku untuk menerima satu jemputan daripada Kesatuan Hal-Ehwal dan Komuniti Islam Itali pada 23 April 1995. Mereka menjemputku untuk menyampaikan ceramah kepada wanita muslim dan non muslim di sana dan dari sinilah aku mula menulis kajian ini.

Segala keanehan yang telahku hadapi tidak menggembirakanku, kerana ia seolah membebaniku dengan segala macam bangkangan, sedangkan mereka yang menyanggahiku itu, tiada sandaran melainkan sekadar apa yang mereka ketahui perihal adat dan tradisi bangsa mereka sendiri dan berdasarkan beberapa maklumat yang mereka baca dan dengari.

Pengkajian ini berasaskan dalil-dalil dan dapat diterima oleh pihak lain yang tahu menghargainya, mereka yang dapat melihat sinar Islam di dalam perbahasan ini dan mereka yang terbuka dadanya untuk menerima seruan, khususnya mereka di negara barat. Ini merupakan satu perbahasan yang tidak ditokok-tambah dengan apa yang tidak dimiliki oleh pengkajinya dan tidak membebankannya dengan apa yang di luar kemampuan serta tidak mengabuinya dengan apa yang ia saksikan di barat. Bahkan Islam, akal dan ilmu merupakan neraca untuk mengukur apa yang diperhatikan dan diketahui di barat. Dengannyalah, tercetusnya kebenaran di celah-celah kepincangan tradisi barat itu dan segala tipu-dayanya.

Masalah dalam perbahasan ini melangkaui tempat dan masa, seperti masalah keharusan Islam berkenaan talak yang kemudiannya ditiru oleh barat dan mereka cuba mendekati Agama Islam dalam menangani masalah ini, di samping wujudnya beberapa perbezaan, yang menyebabkan orang yang menerimanya ibarat “ingin berlindung dari panas matahari dengan menghampiri api”, kerana wanita barat yang telah diceraikan ia ditegah berkahwin selama beberapa tahun. Perbahasan ini menjangkau masalah keharusan poligami di dalam Islam selepas terbongkarnya rahsia, ketikamana aku menulis di Amerika pada tahun 1992 dan 1993, televisyen di sana menyiarkan kisah seorang paderi yang mengisytiharkan perkahwinannya dengan dua orang wanita di kiri dan kanannya. Dia telah membuat pengikitirafan terhadap perkahwinannya sedangkan undang-undang barat pada umumnya menegah perkara tersebut bahkan dianggap satu jenayah. Kedua-dua isterinya telah menyatakan kebahagiaan mereka berada di samping suami mereka selepas berkahwin. Perbahasan ini juga melampaui itu semua untuk melenyapkan segala kabut tebal dan ketidak adilan yang membelenggu pemikiran.

Allahlah Yang Maha Menyatakan Kebenaran dan Dialah Yang Maha Memberi Petunjuk Jalan

Al-Fadhil Al-Syeikh Abdul Majeed Subh
BA Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar
BA Fakulti Bahasa Arab & Pendidikan, Universiti Al-Azhar.
MA Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab Universiti Al-Azhar.