Thursday, September 23, 2010

Ratib Kekasih Allah



Kandungan:
- Wirid Quran (susunan Hasan al-Banna)
- Wirid Latif Pagi dan Petang (susunan Abdullah bin Alawi al-Haddad)
- Ratib al-Haddad (susunan Abdullah bin Alawi al-Haddad)
- Hizib Imam Nawawi
- Wizib Wiqayah liman arada al-Wilayah(Doa Mohon Penjagaan bagi Orang yang Ingin Perlindungan) susunan Ibnu Arabi
- Doa Nasiri (Doa Mohon Pertolongan)
- Biodata Kekasih-kekasih Allah

Pengenalan Buku:
- Kandungan bab-bab dalam buku ini merupakan himpunan zikir-zikir amalan para ulama iaitu Wirid Quran, Wirid Latif, Ratib al-Haddad, Hizib Imam Nawawi, Wizib Wiqayah atau Doa Nasiri.
- Kedudukan himpunan zikir-zikir tersebut adalah seperti Al-Mathurat (susunan Hasan al-Banna) dan Tahlil yang biasa diamalkan dalam masyarakat Melayu.
- Tatacara pengamalannya adalah memadai dengan membacanya mengikut kesempatan dan kesesuaian masa bagi seseorang.
- Memadai bagi sesiapa yang ingin mengamalkannya dengan memilih mana-mana bab untuk dibacakan.
- Boleh menghimpunkan berapa bab-bab tersebut untuk dibacakan dalam satu masa.
- Memperolehi sanad (ijazah khusus) yang berhubung sampai kepada penyusun setiap himpunan zikir berkenaan (iaitu Imam al-Banna, Imam al-Haddad, Imam Nawawi, Ibn Arabi dan Imam Ibn Nasir al-Dur'i) adalah suatu kelebihan.
- Tidak disyaratkan mendapat ijazah khusus untuk membaca mana-mana wirid, hizib dan ratib.
- Memadai dengan ijazah secara umum (ijazah ammah) iaitu dengan memiliki buku ini atau mana-mana naskhah lain.

Kelebihan dan Khasiat Ratib Kekasih Allah

Tersirat di sebalik ungkapan zikir dan wirid buku ini, hikmah dan khazanah ilmu yang banyak dalam berbagai aspek. Secara umumnya, memanglah terdapat perbagai fadhilat dan khasiatnya. Namun, berpandukan pengalaman orang-orang yang konsisten mengamalkannya, terdapat kelebihan yang khusus dan istimewa dengan izin dan kuasa Allah SWT. Berikut ini adalah beberapa kelebihan yang pernah dimaklumkan dan diperkatakan:

1-Wirid Qurani:
- Dorongan dan pedoman bagi mendidik diri untuk menjadi insan bertaqwa.

2-Wiridul Lathif:
- Menitipkan rasa kebahagian dan menghilangkan rasa duka cita.
- Memperolehi keyakinan untuk menjalani urusan harian.

3-Ratib al-Haddad:
- Merasa ketenangan dan ketenteraman.
- Kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat.
- Sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
- Diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan.
- Mengandungi faedah yang sangat banyak merangkumi keselamatan aqidah, jasmani dan rohani.

4-Hizib Nawawi:
- Selamat daripada kejahatan jin dan manusia, gangguan penduduk langit dan bumi serta tukang sihir.
- Terhindar daripada ditenung oleh tukang tenung, disihir, ditipu daya, diperangi dan dimusuhi.

5-Hizib Ibn Arabi:
- Meraih cinta dan kasih sayang orang, menghindar dari teman yang jahat, penyakit stroke, keselamatan dalam perjalanan, dan terpelihara dari sengatan kala jengkit dan ular berbisa,
- Memudahkan saat melahirkan anak, menunaikan hajat dalam segala urusan, dan menjaga diri dari senjata musuh dan wabak penyakit.
- Menghindar kejahatan sihir, mempercepat hafalan dan menjernihkan fikiran.
- Jika dibaca selepas membaca surah al-Waqiah selepas solat Asar akan menghindarkan kefakiran.
- Sesiapa yang membawa hizib ini akan mendapat keamanan daripada bahaya di langit dan di bumi, dan menjadi perisai dari gangguan manusia, jin dan syaitan.
- Benteng pertahanan kukuh, perisai dan penangkal yang sangat kuat dari segala tipu daya musuh dan menjadi sebagai bantuan.
- Sesiapa yang membaca selepas solat Subuh akan mendapat pengaruh dan disanjungi dengan kasih sayang dan kemuliaan.
- Mengandungi khazanah ilahiyyah yang sangat berharga.

6-Doa Nasiri:
- Motivasi bagi mendapat kekuatan dan meraih kemenangan dalam perjuangan.
- Mendapatkan kekuatan dan bantuan untuk selamat dari bencana dan malapetaka.

Harga: RM 21.00 / RM 23.00
ISBN: 978-967-366-023-0
Tarikh Terbit: 20 Sep 2010
Saiz: 13cm X 19cm
Jumlah Muka Surat: 14 + 185

PERCUMA CD AUDIO

PANDUAN LAFAZ DOA DAN ZIKIR

Al-Syifa’ binti Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.‘A.W bersabda:

ارقِى ما لم يكنْ فيه شركٌ باللهِ

Berjampilah selagi ia tidak mengandungi perkara syirik dengan Allah.” (Dikemukakan oleh al-Tabarani dan al-Hakim. Al-Munawi menilainya Sahih)

Di dalam kitab Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud dinyatakan: Sah berzikir dan berdoa dengan lafaz yang tidak ma’thur (bukan lafaz Rasulullah) berdasarkan hadis-hadis berikut:

1) Anas RA melaporkan bahawa katanya: Saya pernah bersama Rasulullah berada di dalam satu majlis. Lalu seorang lelaki datang dan memberi salam kepada Rasulullah dan semua orang yang berada di situ:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Salam sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.”

Kemudian Rasulullah menjawab:

وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ، وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ke atas kamu kamu juga kesejahteraan, rahmat Allah dan keberkatanNya.”

Setelah orang itu duduk dia berkata:

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، كَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا أَنْ يُحْمَدَ وَيَنْبَغِي لَهُ

Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, elok dan berkat sebagaimana yang disukai dan sepatutnya Tuhan kita dipuji.”

Lalu Rasulullah bertanya: “Apakah yang kamu katakan?” Lalu dia mengulanginya. Kemudian Rasulullah bersabda: Demi yang diriku di TanganNya (dalam kuasaNya) sepuluh malaikat telah bersegera kepadanya. Setiap mereka bersungguh-sungguh ingin mencatat amalan itu. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak mencatatnya. Lalu mereka mengangkatnya kepada kepada Yang Mempunyai Kemuliaan (Allah). Lalu Allah mengatakan: “Tulislah sebagaimana yang hambaku katakan.” (Dilaporkan oleh Imam Ahmad. Perawinya semua thiqah.)

2) Abdullah bin Umar melaporkan bahawa Rasulullah memberitahu kepada mereka bahawa seorang hamba dari kalangan hamba Allah berkata:

يَا رَبِّ، لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ، وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Wahai Tuhanku, bagiMulah puji-pujian yang selayaknya dengan kebesaranMu dan keagungan kekuasaanMu.”

Lalu dua malaikat tidak mampu mencatatnya dan tidak tahu bagaimana untuk mencatatnya. Lalu mereka naik ke langit dan berkata: “Wahai Tuhan kami, seorang hamba telah berkata sesuatu tetapi kami tidak tahu bagaimana hendak menulisnya.” Lalu Allah berkata – sedangkan Dia lebih tahu perkara yang disebutkan hambaNya -: “Apakah yang hambaKu sebutkan?” Dua malaikat menjawab: “Ia mengatakan: “Wahai Tuhanku, bagiMulah puji-pujian yang selayaknya dengan kebesaranMu dan keagungan kekuasaanMu.” Lalu Allah berkata: “Catatlah sebagaimana yang hambaku sebutkan sehinggalah dia bertemuku, maka aku akan memberi ganjarannya.”

Panduan berzikir dan berdoa dengan pelbagai lafaz dan ungkapa dapat dirujuk di dalam buku: Ratib Kekasih Allah

No comments: