Wednesday, September 23, 2009

Wasiat Luqman al-Hakim







Buku Wasiat Luqman al-Hakim ini harus menjadi buku modul panduan pendidikan insan bagi setiap individu muslim. Tip dan panduan adalah yang terpilih dan bersumberkan al-Quran, Hadis dan kata-kata ulama.

Pesanan atau wasiat Luqman amat berharga. Ia mengandungi hikmah yang mendalam untuk setiap orang untuk menjalani kehidupan. Pesanan Luqman yang disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran merupakan perkara asas yang perlu diterapkan di dalam diri insan.

Kebijaksanaan Luqman mendorong beliau memberi pesanan kepada anaknya dengan perkara tersebut. Justeru ia adalah perkara penting yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan.

Buku ini membentangkan kupasan mendalam mengenai pesanan Luqman yang termaktub al-Quran. Ini supaya pesanan yang berhikmah tersebut dapat difahami dan diamalkan sebaik mungkin. Disamping itu dihimpunkan pesanan lain yang diriwayatkan dan termaktub di dalam kitab-kitab tafsir al-Quran.

Luqman adalah seorang yang sangat prihatin menjaga adab. Diriwayatkan daripada Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari. Tidak ada siapapun pernah melihat beliau meludah, berkahak, membuang air besar dan air kecil, mandi, bermasam muka dan ketawa (kerana menjaga adab). Beliau tidak mengulangi kata-katanya melainkan jika mengatakan suatu hikmah kemudian orang lain meminta supaya mengulanginya. Beliau pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah. (Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)



Harga RM20.00

4 comments:

shaiefa said...

salam ustaz..
i already bought this book
and read it..realy nice..=)
by d way,i had promote this book in my blog ..=)wish u goodluck ustaz..

jailurrashied said...

Antara kebijaksanaan Luqman ialah kesungguhan beliau menjaga adab. Diriwayatkan bahawa tidak ada siapapun pernah melihat beliau meludah, berkahak, membuang air besar dan air kecil, mandi, bermasam muka dan ketawa.

Unknown said...

salam ustaz, saya agak musykil dengan fakta yang mengatakan Luqman ini tidak pernah mandi. tetapi beliau ini mempunyai anak. Adakah beliau tidak berhadas besar. Sila ustaz jelaskan

jailurrashied said...

Maksudnya yg sebenar ialah: Tidak ada siapapun pernah melihat beliau meludah, berkahak, membuang air besar dan air kecil, mandi, bermasam muka dan ketawa (kerana menjaga adab).