Isi Kandungan:
Wednesday, May 17, 2017
Isi Kandungan:
Monday, July 30, 2012
DOA HIDUP SEJAHTERA
Tuesday, June 12, 2012
Lembaran Kalbu
Amalan Surah-Surah Pilihan:-
Surah Yasin Tahlil dan Mathurat:-
Zikir Asma al-Husna dan Munajat:-
LEMBARAN KALBU
Satu set tiga buah buku dalam kotak: RM20.00
Tuesday, June 5, 2012
Rintihan Kalbu
Menuju destinasi cinta abadi...
Suburkanlah hati dengan ungkapan rintihan kepada Allah...
Hadapilah bisikan kejahatan dengan bisikan kebenaran...
RINTIHAN KALBU mengandungi: Afrah al-Ruh (Kegembiraan Roh) oleh al-Syahid Saiyid Qutb dan himpunan ungkapan-ungkapan rintihan lima orang imam yang muktabar iaitu Sayidina Ali Karramallahu Wajhah, Uwais al-Qarani, Ibn ‘Atoillah al-Sakandri, Abdul Malik al-Dharir dan Junaid al-Baghdadi.
Saiz: 6 x 6
Jum Hal: 120
Harga RM12.00
Afrah al-Ruh telah dicetak berulang-kali dalam pelbagai edisi oleh pelbagai penerbit...
Teks asal Afrah al-Ruh dalam Bahasa Arab: http://www.daawa-info.net/books1.php?parts=155&au=%D8%B3%D9%8A%D8%AF%20%D9%82%D8%B7%D8%A8
Amalan Zikir Dan Doa Harian
Buku ini memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri:
- Himpunan lengkap doa harian Rasulullah SAW.
- Himpunan doapagi dan petang al-Mathurat.
- Rujukan mudah mengikut pecahan bab.
- Sumber rujukan bagi setiap doa.
- Layout yang menarik dan mesra pembaca.
Saiz: 6 X 6
Jum Hal: 176
Harga: RM16.00
Wednesday, March 2, 2011
Al-Mathurat serta Kelebihan Beramal

Harian Metro: Jumaat, 25 Februari 2011
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat ini jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat ini akan merasakan perbezaan dari hari-hari lain yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat ini.
Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW).
Spesifikasi
Saiz: 15cm X 15cm
Bilangan Halaman: 77
Penerbit: Yamani Angle
Harga RM6.00
Friday, February 18, 2011
Doa dan Munajat Rasulullah SAW


Doa dan Munajat Rasulullah SAW
- Buku ini merupakan himpunan doa Rasulullah SAW yang terpilih untuk dijadikan sebagai momentum kerohanian.
- Ungkapan doa-doa di dalam buku ini dapat menjadi motivasi dalam menjalani urusan hidup dan memantapkan perjuangan menegakkan kebenaran.
...
- Penghayatan doa di dalam buku ini menjadi sumber inspirasi hidup bahagia, sejahtera dan berjaya.
- Terdapat keterangan mengenai adab-adab rohaniah supaya apa yang dibaca dapat memberikan kesan.
- Sesuai dibaca pada bila-bila masa dan dijadikan teks untuk bermunajat.
- Terdapat tiga bab utama: 1) Zikir-zikir 100 kali 2) Doa Kesejahteraan Diri 3) Doa Menentang Kezaliman.
- Teknik mudah membaca ketika kesuntukan masa ialah memilih doa-doa mengikut tajuk-tajuk yang dikehendaki atau nombor tertentu.
- Bacaan doa dari awal sehingga tamat doa di dalam buku ini mengambil masa 30-40 minit.
- Pembaca disarankan membaca secara lantang.
Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd
ISBN: 9789675370137
Saiz: 15 X 10.5cm (Saiz poket)
Jumlah Muka Surat: 110





